2010年8月20日星期五

"Rasis"yang mainkan isu kaum menyebabkan BN tidak diterima oleh orang ramai!

SHAH ALAM 18 Ogos - Ketua Bahagian MCA Kapar Datuk Song Kee Chai menyeru pemimpin-pemimpin UMNO haruslah menerima hakikat Barisan Nasional (BN) tidak diterima oleh orang ramai atas sebab "Rasis" yang selalu memainkan isu kaum.

Song Kee Chai berkata, Pemimpin MCA membuat tuntutan atas soal pengurangan pemilikan ekuiti 30 peratus bumiputera adalah berdasarkan fenomena pelaburan asing, dan bukan atas pendirian atau memburukkan satu sama lain.

Beliau berkata, Ekuiti 30 peratus tidak patut wujud pada ketika ini, terutama pada pasaran yang bersaing hebat ini, apatah lagi atas soal menarik minat pelabur asing supaya melabur di negara kita?

Menurut beliau, Dr. Mohamad Khir yang mengatakan desakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam isu ingin wujud dasar 'sama rata, sama rasa' menunjukkan seolah-olah parti tersebut 'tamak' dan mahu menguasai keseluruhan sektor ekonomi di negara ini, ini adalah menyatakan sesuatu yang tidak bertangungjawab.

Menurutnya, ekuiti 30 peratus sudah diwujukan lebih 30 tahun, Ex-Perdana Menteri sepatutnya memahami kejayaan kaum cina pada hari ini adalah perjuagan masyarakat cina yang sanggup berkerja keras dan bukannya atas bantuan kerajaan.

Beliau berkata, Ekuiti 30 peratus bumiputera bukannya dinikmati oleh semua masyarakat melayu dan bumiputera, menurut orang kampung menganggap ekuiti 30 peratus hanya menjaga kelebihan orang kaya dan bukan masyarakat melayu yang miskin, oleh itu hinggalah hari ini masih belum capai mengimbangi jurang sosial dan ekonomi antara kaum.

Menurutnya, ekuiti 30 peratus haruslah dibaikpulih dan diganti dengan pelaksanaan merit, supaya menjaga semua lapisan masyarakat.

"Orang kampung yang tidak berkeupayaan berniaga dan menubuhkan syarikat ataupun beli rumah, bagaimana menikmati ekuiti 30 peratus. "