2010年11月3日星期三

Kancil salah, saman Rusa

KLANG: Seorang pesara tidak dapat menahan sabar selepas menerima saman kesalahan trafik yang tidak pernah dilakukannya sejak 2004.

Chew Chor Beng, 64, mendakwa semua saman yang diterimanya itu menyatakan kesalahan tidak meletakkan kereta di petak kenderaan yang disediakan di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam.


Lebih dikesali, saman menyatakan kenderaan jenis Perodua Kancil bernombor pendaftaran sama dengan Perodua Rusa miliknya iaitu BFG377 dipercayai melakukan kesalahan.

“Saya tak pernah ke kawasan yang dinyatakan dalam surat saman itu yang diterima bermula dari 2004 hingga tahun lalu. Saya pun hairan macam mana nombor pendaftaran kereta itu boleh sama dengan saya, tetapi terus terang saya katakan ia amat menyusahkan hidup saya.


“Selain itu, saya ada menerima saman daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tetapi selepas aduan dilakukan, mereka membatalkan saman pada Mac lalu dan sekarang ini saya hanya berdepan masalah dengan polis saja,” katanya katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sidang media itu turut dihadiri Ketua MCA Bahagian Kapar, Datuk Song Kee Chai.